Sunday, 7 October 2012

Karangan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”


Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

 

Pendahuluan            
 -  Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat.

Isi                  
 -  Memudahkan pekerjaan
 -  Menghapuskan sikap individualistik
 -  Kemaslahatan bersama
 -  Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai

Penutup         
 -  Hidup sejahtera

 

Contoh Jawapan

            “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa yang menceritakan suasana hidup bermasyarakat. Peribahasa ini melambanngkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dalam segala amalan mereka.

            Amalan ini membolehkan tugasan yang berat akan menjadi ringan. Contohnya, sekiranya kita bergotong-royong semasa mengadakan majlis perkahwinan atau membersihkan kawasan kejiranan, kerja tersebut akan diselesaikan dengan cepat dan mudah.

            Amalan ini juga dapat menghapuskan sikap individualistik dalam diri individu. Sikap ini akan hilang kerana segala kerja tidak dilakukan secara bersendirian, sebaliknya secara kerjasama.

            Pegangan ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat agar saling menghormati antara satu sama lain. Setiap orang tidak hanya memikirkan kepentingan diri, tetapi kemaslahatan semua.

            Penghayatan peribahasa ini melahirkan sikap saling bermuafakat. Hal ini akan mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan damai kerana masing-masing akan memberikan bantuan kepada individu yang memerlukan.

            Oleh itu, untuk hidup bermasyarakat, peribahasa ini patut dijadikan sebagai pegangan oleh setiap individu. Dengan cara ini, barulah kita dapat hidup dengan penuh sejahtera.

23 comments:

  1. terima kasih cikgu hazami atas perkongsian ilmu yang banyak membantu anak saya dalam pembelajarannya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, itulah tujuan saya membina blog ini disamping meningkatkan kemahiran ICT saya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Tkasih....membantu utk tambah isi dlm karangan...

    ReplyDelete
  5. Tkasih....membantu utk tambah isi dlm karangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

      Delete
  6. Thx So Much I am Good In This Karagan Know i am an indian terima kasih untuk membentu saya cik

    ReplyDelete
  7. Your essay helped me a lot for my homework.It also gave me ideas for my essay.Thank you a lot :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu.Blog ini banyak membantu saya dalam menulis karangan.

    ReplyDelete
  9. TERIMA KASIH BAGI SAYA JAWAPAN YEAH YEAH HAHAHAHAHAHAHAAAAAAHAAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. TERIMA KASIH CIKGU TERIMETERIMATERIMATERIMA KASIHKASIHKASIHKASIH

      Delete
  10. Not bad.I can explain when I saw this.

    ReplyDelete