Pendahuluan
- Maksud peribahasa – tidak bermuafakat
- Maksud peribahasa – tidak bermuafakat
Isi
- Masyarakat akan kucar-kacir
- Mementingkan keselesaan sendiri- Masyarakat akan kucar-kacir
- Sikap ini juga berlaku dalam keluarga
- Negara tidak akan maju
Penutup
- Sikap ini tidak patut diamalkan
- Sikap ini tidak patut diamalkan
Contoh Jawapan
Peribahasa
“bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” bermaksud masyarakat
yang tidak bermuafakat. Keadaan ini akan menimbulkan pelbagai kesan buruk
sekiranya diamalkan dalam masyarakat.
Masyarakat
yang mengamalkan sikap seperti ini akan menjadi kucar-kacir. Mereka akan
sentiasa bergaduh sesame sendiri untuk menegakkan kebenaran masing-masing.
Keharmonian hidup berjiran pasti tidak akan dikecapi.
Individu
dalam masyarakat ini lebih mementingkan keselesaan diri sendiri. Kita boleh
melihat perangai mereka seperti membuang sampah sarap ke rumah jiran atau
memasang televisyen dengan kuat sehingga mengganggu jiran tetangga.
Keadaan
ini juga boleh berlaku dalam keluarga. Ahli keluarga yang tidak mengambil tahu
antara satu sama lain, malah hanya suka berbalah juga boleh diumpamakan seperti
peribahasa ini.
Negara
juga tidak akan maju sekiranya rakyat tidak bekerjasama. Sikap ini akan menular
ke seluruh dunia. Oleh itu, sebuah Negara yang tidak akan aman akan wujud.
Kesimpulannya,
sikap seperti ini tidak patut diamalkan oleh sesiapa pun. Hal ini kerana,
sebagai anggota masyarakat kita perlu saling bekerjasama demi menjamin
kemakmuran Negara.
No comments:
Post a Comment