Pendahuluan
- Maksud peribahasa
- Maksud peribahasa
Isi
- Contoh peribahasa
- Contoh cerita- Contoh peribahasa
- Hadi seorang budak yang bodoh
- Sedar akan segala-galanya terletak dalam tangannya
Penutup
- Usaha berhasil
- Usaha berhasil
Contoh Jawapan
“Belakang
parang pun jikalau diasah nescaya tajam” membawa maksud sesuatu yang susah itu
jika diusahakan berkali-kali dengan tekun akan berjaya juga.
Oleh
hal yang demikian, peribahasa ini juga membawa maksud seseorang yang lembab
otaknya jika rajin berusaha akan berjaya juga. Oleh itu, adalah wajar jika kita
berusaha dengan bersungguh-sungguh demi menghadapi sebarang halangan.
Hadi
seorang budak yang bodoh. Dia sering diketawakan oleh kawan-kawannya. Ada
kalanya guru memarahinya. Hadi selalu berasa sedih.
Pada
suatu hari, Hadi sedar bahawa segala-galanya terletak dalam tangannya. Dia mula
berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu.
Setiap
hari dia akan menelaah buku-buku pelajarannya. Dia berusaha untuk menghadiri
kursus tentang teknik belajar dan motivasi untuk meluaskan lagi pengetahuannya.
Usaha
Hadi membuahkan hasil. Kedudukan dan peratus keputusan peperiksaannya meningkat
dengan ketara sekali. Kini dia tergolong dalam golongan murid yang pandai.
Begitulah kata pepatah, “belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam”.
excellent!
ReplyDeletetqvm. hope apa yg saya lampirkn dlm blog ni dpt membantu cikgu dlm P&P d sk.
ReplyDeleteohyeah ! dapat dah idea untuk buat cerpen ni :) terima kasih :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSangat bagus
ReplyDeleteKarangan yang terbaik.👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍
ReplyDeleteIlham ada tak
ReplyDelete