Tulis sebuah karangan tentang kepentingan peribahasa “Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pendahuluan
- Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat.
- Berkait rapat dengan hidup bermasyarakat.
Isi
- Memudahkan pekerjaan
- Menghapuskan sikap individualistik- Memudahkan pekerjaan
- Kemaslahatan bersama
- Mewujudkan masyarakat yang aman dan damai
Penutup
- Hidup sejahtera
- Hidup sejahtera
Contoh Jawapan
“Berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing” merupakan peribahasa yang menceritakan
suasana hidup bermasyarakat. Peribahasa ini melambanngkan masyarakat yang
sentiasa bekerjasama dalam segala amalan mereka.
Amalan
ini membolehkan tugasan yang berat akan menjadi ringan. Contohnya, sekiranya
kita bergotong-royong semasa mengadakan majlis perkahwinan atau membersihkan
kawasan kejiranan, kerja tersebut akan diselesaikan dengan cepat dan mudah.
Amalan
ini juga dapat menghapuskan sikap individualistik dalam diri individu. Sikap
ini akan hilang kerana segala kerja tidak dilakukan secara bersendirian,
sebaliknya secara kerjasama.
Pegangan
ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat agar saling menghormati
antara satu sama lain. Setiap orang tidak hanya memikirkan kepentingan diri,
tetapi kemaslahatan semua.
Penghayatan
peribahasa ini melahirkan sikap saling bermuafakat. Hal ini akan mewujudkan
suasana masyarakat yang aman dan damai kerana masing-masing akan memberikan
bantuan kepada individu yang memerlukan.
Oleh
itu, untuk hidup bermasyarakat, peribahasa ini patut dijadikan sebagai pegangan
oleh setiap individu. Dengan cara ini, barulah kita dapat hidup dengan penuh
sejahtera.